Concert & Graduation

November 9, 2009

KebayaIt’s this coming weekend. Liya and I have not decided what to wear for the fashion show that we are taking part. I have showed her ‘kebaya’ which is one of the traditional costume for Malaysia, Indonesia, Brunei and Singapore. We also have to think of the matching accessories.

Ajib is also excited as this will be his first live performance on stage. I didn’t count the gymnastics performed in the preschool’s compound.


Menu Weirdo

October 23, 2009

I prepared non-spicy fried meehoon (thin white noodles) for breakfast one morning after our maid had gone home to Indonesia for good. Ajib joined me and Daddy while Liya was still dreaming perhaps of white horses or cute bunnies.

“Look, Mama..” Ajib was proud showing me his creation.

“That’s something new, Ajib. How does it taste like?” Obviously I had no idea nor did I expect to taste it.

“Yummy,” Ajib said.

Daddy smiled and complimented Ajib’s creativity: Meehoon + McDonald’s grape jam = Chef Ajib’s recipe

More about meehoon..


Home Grounded

October 6, 2009

Hope & PrayersI may have to say ‘grounded’ to Ajib and Liya when they grow up. The clock is ticking and a few years may not be as far ahead as I wish. That’s about it here in Malaysia.

Our maid recently broke down in tears as Padang, Indonesia was badly hit by the earthquake of more than 7 Richter scale. Ajib and Liya tried to comfort the maid of 2 1/2 years whom they dearly call ‘Aunty.’ There was no home sweet home. There was no home at all. Imagine years of savings to build a house and it took instantly to see it as flat as the land.

Telco was out for many days now. And, still there’s no news whether Aunty’s older girl survived the angry earth episode. The younger son escaped and ran to safety. Thank God. So, in the times of difficulty family members tend to stick together and be each others’ shoulder to cry on. Indonesian Embassy also opens its 25 counters, a sight hardly seen in any Malaysia’s government or bank counters.


Rombongan Cik Kiah 2008 – Nilai 3 atau Bandung?

December 9, 2008

Deruman motor tua memecah kesunyian desa ini. Yang tinggal hanyalah atuk, nenek, tukwan dan opah. Keluarga masing-masing berkilometer jauh. Mujurlah ada talian telefon yang mendekatkan jarak hubungan kekeluargaan.

Rombongan Cik Kiah ke Nilai 3 menunjukkan orang kampung pun tidak ketinggalan berbelanja. Hasil tanaman mahupun wang sumbangan anak-anak. Ibu bapa juga ada yang baru-baru mendapat wang ganjaran tanah diambil oleh kerajaan untuk tujuan pembangunan dan ada masanya hasil jualan tanah pusaka. Rata-ratanya anak-anaknya berpangkat besar di kota, tidak kurang juga menjawat jawatan jurutera, arkitek, dan ahli perniagaan.

Untuk apa membawa orang kampung ke Nilai 3? Bas penuh dengan angan-angan untuk melengkapkan segala isi rumah ataupun untuk ‘cuci mata.’ Adakah boleh digelar lawatan sambil belajar? Lawatan ke Langkawi pun kedengaran untuk ‘shopping’ selain ‘menyelam sambil minum air’ untuk melawat tempat-tempat menarik di dalam negara.

Lawatan sambil belajar ke kota besar diharapkan dapat memberi manfaat dan menjana minda. Dengan itu, atuk dan nenek dapat bercerita dengan cucu-cucu tentang pesatnya negara Malaysia. Tukwan dan opah boleh memberi nasihat agar dapat diambil iktibar untuk terus berusaha keras dapat kemerdekaan negara dapat memakmurkan bangsa dan masyarakat.

Beberapa teman mengajak saya ke Bandung, Indonesia. ‘Shopping sakan’ temanya. Terfikir bagaimana wang yang diraih dengan hasil titik peluh perlu saya serahkan kepada warga Indonesia bagi memakmurkan ekonomi negara Pak Suharto dan Pak Sukarno. Yang boleh dibawa pulang hanya keseronokan berbelanja dan barangan berjenama. Kita pula akan lebih arif dengan budaya, pakaian, percakapan dan makanan masyarakat di Bandung berbanding dengan budaya bangsa sendiri. Dengan adanya ‘Rombongan Cik Kiah’, semakin banyaklah pelaburan asing dapat ditarik masuk ke Indonesia.

Di Malaysia pula, rakyat akan bekerja lebih rajin untuk mengumpul wang ‘shopping’ untuk di masa akan datang. Di Indonesia pula, lebih banyak kilang dibangunkan dan lebih ramai rakyat beroleh pekerjaan untuk memenuhi permintaan ‘Rombongan Cik Kiah.’ Oleh itu, bangsa sendiri yang rugi kerana wang negara (wang pencen, wang ASB, wang bergadai emas, wang elaun daripada anak-anak yang soleh/solehah, wang kerja overtime, wang bonus, wang komisen, wang ‘kutu’) dihabiskan di luar negara, manakala rakyat sendiri – beribu-ribu graduan gagal mendapatkan pekerjaan. Banyak juga syarikat yang gulung tikar. Syarikat multinasional pula menekankan pengalaman kerja dan keupayaan berkomunikasi di dalam bahasa Inggeris.

Terkilan juga mendengan ada pihak universiti juga berlumba-lumba mengadakan lawatan “Cik Kiah’ ke luar negara. RM600++ adalah antara bajet yang dipersetujui untuk makan, minum, penginapan dan tiket ‘belon.’ Wang saku jangan ditanya, mungkin sebulan gaji. Apabila pulang ke Malaysia, apakah kesan terhadap rakyat Malaysia? Adakah kreativiti buruh murah Indon diperkatakan? Industri kampung di kampung akan bertambah majukah? Berbaloi mendengar pengalaman menaiki jalan yang bengkang bengkok ke Danau Toba. Di dalam hati, berbangga juga dengan sistem lebuhraya di Malaysia.

Bercakap tentang makanan Minang. Cukuplah dengan adanya pembantu rumah berbangsa Minang. Betul, kita perlu belajar tentang bangsa lain di dunia tetapi siapa yang mempelajari dan menghormati adat istiadat dan budaya kita ketika ini. Sedangkan ‘kad pengenalan merah’ semakin berleluasa, kita dapat mengagak kesannya di negara kita. Mungkin kita alpa atau mungkin kita sambil mudah perkara ini… Bukan orang lain yang menyebabkan ‘hilang Melayu di dunia,’ puncanya berakar umbi daripada sikap kita sendiri.


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.